Pemacu proprietari ATI (fglrx)
Laman ini menggambarkan bagaimana memasang fglrx pada sistem Debian.
fglrx adalah untuk FireGL and Radeon for X, pemacu proprietari (non-free) diadakan oleh ATI Technologies (sekarang AMD). Pemacu ini memberikan pecutan 2D dan 3D untuk set cip kad video AMD/ATI.
Untuk pecutan 3D, fglrx memerlukan modul kernel bersekutu, kompilasinya boleh diautomasikan melalui module-assistant.
Semenjak fglrx-driver 1:9-4-1, sokongan untk set cip sebelum siri r600 telah dibatalkan.1
Untuk set cip sebelum siri r600 (cth. model sehingga dan termasuk the X1950), disokong oleh pemacu sumber terbuka "radeon", turut membekalkan pecutan 3D melalui DRI. Pemacu "radeonhd" yang dipakejkan dalam xserver-xorg-video-radeonhd turut membekalkan sokongan untuk Radeon siri set cip r5xx dan r6xx.
Pemasangan
Lenny
Guna Etch? Langkau ke seksyen Etch.
Tambah komponen "non-free" pada /etc/apt/sources.list untuk versi Debian anda, contohnya:
# Debian Lenny/5.0 deb http://ftp.us.debian.org/debian lenny main contrib non-free
atau
# Debian Squeeze (testing) deb http://ftp.us.debian.org/debian squeeze main contrib non-free
Kemaskini senarai pakej sediada yang terkini. Pasang pakej fglrx-control, fglrx-driver dan module-assistant:
# aptitude update # aptitude install fglrx-control fglrx-driver module-assistant
Bina dan pasang fglrx-kernel-* dalam sistem anda:
# m-a a-i fglrx
Jika Sistem Tingkap X masih berjalan, keluar dari persekitaran desktop atau pengurus tingkap. Jika pengurus paparan masih beroperasi, tukar ke konsol maya dan hentikannya. Contoh:
# invoke-rc.d gdm stop
atau
# invoke-rc.d kdm stop
Keluarkan modul radeon dan drm:
# modprobe -r radeon drm
Load modul fglrx:
# modprobe fglrx
Tambah fglrx pada senarai modul kernel untuk load masa but:
# echo fglrx >> /etc/modules
Pinda fail /etc/X11/xorg.conf untuk rangkum seksyen Peranti dan minta guna pemacu fglrx:
# Editor-sesuai /etc/X11/xorg.conf
Contoh minima /etc/X11/xorg.conf ditunjukkan dibawah:
Section "Device" Identifier "ATI" Driver "fglrx" EndSection Section "Screen" Identifier "Default Screen" DefaultDepth 24 EndSectionSimpan fail dan keluar dari editor sebelum sambung.Mulakan Sisten Tingkap X (startx) sebagai pengguna biasa, atau mulakan pengurus paparan anda. Contoh:
# invoke-rc.d gdm start
atau
# invoke-rc.d kdm start
Etch
Tambah komponen "non-free" pada /etc/apt/sources.list, contohnya:
# Debian Etch/4.0 deb http://ftp.us.debian.org/debian etch main contrib non-free
Kemaskini senarai pakej sedia ada. Pasang pakej fglrx-driver, fglrx-control, fglrx-kernel-src dan module-assistant:
# aptitude update # aptitude install fglrx-driver fglrx-control fglrx-kernel-src module-assistant
Bina dan pasang pakej fglrx-kernel-* dalam sistem anda::
# m-a a-i fglrx
Jika Sistem Tetingkap X sedang berjalan, keluar dari persekitaran desktop atau pengurus tetingkap. Jika pengurus paparan sedang peroperasi, tukar ke konsol maya dan hentikannya. Contoh:
# invoke-rc.d gdm stop
or
# invoke-rc.d kdm stop
Keluarkan modul radeon dan drm:
# modprobe -r radeon drm
Muatkan modul fglrx:
# modprobe fglrx
Tambah fglrx kepada senarai modul kernel untuk dimuatkan semasa but:
# echo fglrx >> /etc/modules
Tetapkan semula X server:
# dpkg-reconfigure xserver-org
Pilih fglrx sebagai pemacu paparan yang akan digunakan bila ditanya.
Mulakan X Window System (startx) sebagai pengguna biasa, atau mulakan pengurus paparan anda. Contoh:
# invoke-rc.d gdm start
atau
# invoke-rc.d kdm start
Lihat juga
Pautan-pautan luar
Be aware that upgrading from packages created by the ATI installer is and will most probably NEVER be supported by the Debian maintainer of the fglrx-driver package(s)!
Debian HOW-TO : ATI drivers - how to install and configure ATI proprietary drivers using module-assistant and the official ATI installer.
Unofficial ATI Linux Drivers Wiki - how to install, configure and test a basic setup with proprietary ATI drivers.
http://ati.amd.com/support/drivers/linux/linux-radeon.html - the ATI Driver Installer.
http://www.stanchina.net/~flavio/debian/fglrx-installer.html - obsolete Debian fglrx installer packages.
irc://irc.freenode.net/#ati - fglrx driver IRC channel.
